Assalamualaikun dan hai semua!
Nak cakap siap-siap entri kali ni panjang sikit :B
serius mcm ni bole? :B
Siapa pernah break-up atau patah hati atau terseliuh hati? Sila senyum paling manis sekarang? Wahh!! Ramai, indah sungguh senyuman anda-anda semua. Eh, saya jugak tak terkecuali nak senyum. Sedih kan. Mesti buat apa ja x kena, mandi x brapa nak wangi,, makan sesuap pon dh terasa mcm kenyang sgt dh, tido pon x brapa lena kan.
Saya nak kongsi tips mcm mana saya buat waktu hati kononnya remuk,renyuk, tergeliat sikit dulu-dulu. it was a year dulu dah kot J
1. Sibukkan diri
Cari la kerja yang boleh buat supaya nnt xda la duduk sorang2 layan perasaan. Buat apa yang patut. Kalau xda kerja, cari kawan yg ada kerja banyak lepas tu offer ckp kat dia nak tolong dia buat kerja. Haa kat situ kan dah boleh beramal, kawan pon sayang lebih nnt. Masa ni lah kita kena guna akal dengan sebaik mungkin. :) nak buat kerja-kerja amal pon bolehhh. alhamdulillah.
mcm ni pon boleeeeeee.
2. Menangis
Yang ni paling famous kalau dalam kalangan gadis-gadis kan. Bukan murah dengan air mata, tp mmg lumrah hati wanita ni lembut mcm selaput kulit bawang. X ke nipis mcm tu? Kalau terguris,terluka sikit mmg mudah la menangis. Menangis la sepuas-puasnya, sbb bila menangis tu kdg-kdg rasa mcm kita keluarkan rasa sedih, sakit sekali dengan air mata kan? Kan? Eh ok xpalah, saya sorang ja mcm tu kot. J TAPI! Jgn sampai berlanjutan sampai seminggu, 2minggu mcm tu. Tu dh lebih, mengada-ngada dh tu, baik awak lempang muka laju-laju bg sedar sikit.hehe
3. Bercerita
Ni bukan cerita mcm zaman sekolah masuk pertandingan tu. Tp bercerita la apa yang rasa dalam hati. Cari someone yg boleh percaya dan selesa utk berbual, luah la apa yang terbuku dalam hati. Cara ni kalo bagi saya, dapat released sikit beban-beban dalam kepala. Nak cari org nak dgr isi hati sendiri ni, mesti pandai pilih jugak, sbb kalau salah pilih habislah awak-awak semua. jgn expect bila kita bercerita, masalah bole 'pufff' selesai mcm tu, tp at least dpt kurangkan sikit kot rasa stress dlm kpala tu.
4. Berseronok
Keluar la dgn kawan-kawan yang tgh cuba sedaya upaya nak bagi happy balik tu. Cari masa atau luangkan masa dengan kawan-kawan. B happy girls!! U worth it. Kalau yg suka layan movie, pegi la tgk wayang, kalau yg suka melalak, pegi la karaoke, kalau yg suka jalan-jalan, amik la masa sikit utk bercuti. Nak tahu, kawan-kawan ni la kadang2 ubat paling mujarab. TAPI, nak berseronok biar la kena dengan cara kita tau, jgn sebab nak tutup sedih sampai lupa diri. behave.
6. Membaca
Baca la buku-buku yg banyak motivasikan diri balik, yg banyak unsur-unsur nasihat. Saya bukannya jenis minat membaca tapi bila dh jd mcm ni, mmg terus refer buku-buku mcm ni. ;) Haaa Nampak, jd mcm ni pon kdg2 ada baik dia jugak.
7. IGNORE
Ni la paling susah sikit kot. Ignore ! dapat call, jangan angkat. Dapat msg, jgn reply. Yer,yer tahu susah kan. Ajar la diri sikit, psycho diri sendiri. then lama-lama ok. lepas tu, dapat msg pon, ‘hek eleh msg aku buat apa lagi, x kenal x kenal’. hehehe Lagi satu kalau kita ignore dia, nnt mesti dia cari balik. Betul. X caya try la. Kalau konon2 dia nak tanya kabar, nak reply jugak? Terpulang la… kalau rasa dah boleh terima kenyataan, dh boleh berdiri dengan sendiri, mungkin x salah. asalkan jgn memudaratkan diri balik.
tapi ada jugak kes2 yang boleh ja baik balik kan jd kawan.
tapi ada jugak kes2 yang boleh ja baik balik kan jd kawan.
8. Masa
Dalam apa keadaan sekali pon, sabarlah dan yakinlah masa adalah pengubat segala-galanya. Saya amik masa agak lama untuk nak pulihkan semua nya dengan baik. Nak dekat setahun, and sekarang Alhamdulillah. Dalam masa setahun ni jugak banyak benda kita boleh belajar. Learn something from your past. setiap yang jadi kan ada hikmah dia. :) b strong enough
9. SENYUM
Semua org bila senyum mmg lawa habis dan hensem habis. Kannnn?? Senyum la, sbb kita x tahu sapa yg tgh pandang kita. org yang senyum awet muda tawu? ;P Awak senyum, satu dunia tersenyum tgk awk tau. jangan tangisi sgt benda yg dh lepas.
10. REDHA
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah. Jangan terlalu tangisi benda yg hanya sementara ni. Insyaallah Allah dah atur yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Redha dengan apa yang berlaku dan berusahalah untuk yang lebih baik.
Itu semua saya share berdasarkan pengalaman saya sendiri, berdasarkan bacaan2 sebelum ni dan berdasarkan nasihat dan pengalaman yang dikongsi oleh orang-orang yang saya kagumi. setiap orang ada pengalaman dan cara masing-masing nak selesaikan masalah kan. ini mungkin cara saya. anda? :)
Ingatlah, Allah pasti merencana sesuatu yang terlalu indah buat hamba-hambaNya.
Yakin dan bersabarlah.
"cinta tidak selalu bersama jodoh,tetapi jodoh akan selalu bersama cinta "
eh tajuk entri mmg masuk kan dengan apa yang saya cakap sekarang kan? 'kalau jatuh, bangun balik.' haaa, kira oklah tu.
p/s : if u notice that we haven't talked in a while and i ignored u. it's not because i don't care anymore, it's because u pushed me away. take care of yourself. :)
pen off
-18:40-
No comments:
Post a Comment