Friday, 18 November 2011

cice nadia dan happy meal


assalamualaikum dan salam jumaat semua orang. :)
yeaaaaaaaa!! final exam dah habis, bila final dah habis maknanya cuti semester pon dh mula la. sebulan lebih.
banyak benda boleh buat dalam sebulan lebih ni tau. paling2 utama dalam kepala bila cuti panjang, mesti ada planning nak pegi vacation. weeee. :)

sepanjang minggu exam last week, saya dan partner masa praktikum dekat SK Asma dua bulan yang lepas, telah dijemput untuk menghadiri jamuan ringkas sebelum cuti sekolah . paling terharu sebab guru pembimbing dekat sekolah sana tanya dulu, bilanya free, tgk2 jadual exam, hari rabu xda paper.
so jatuhnya majlis jamuan tersebut hari Rabu la kan. baiknya guru pembimbing dia sebab sanggup tunggu kami kan.

seterusnya ada lagi benda terharu, terharunya sebab sebab sebab... selepas sekian lama baru hari rabu hari tu dapat hidangan happy meal. eh2, pegi mekdi mana pernah order happy meal pon, melainkan hanya untuk anak saudara. hehehe.  jadi tak hairanlah, kalau dapat happy meal saya nak terharu. boooooooooo. :B

happ-happ-happp--pyyyyyyy meallllll.
xcited kan.

okay , sebenarnya sebelum hari rabu ni, kami ada dah pegi melawat sekolah bawak kek cekelat sebijik. budak2 mmg haruslah seronok kan nampak kek. :D tapi paling terharu budak2 tu lagi excited bila nampak cice-cice dia masuk. ecehhhh. hehe. sama la jugak hari Rabu yang ada happy meal ni, lagi excited dgn adanya cice-cice. terharu sangat bila melangkah ja masuk depan pintu, semua mula senyum simpul-simpul, jeling-jeling, lama lepas tu.... makin dekat, makin dekat... habis dipeluk cium. nasib baik preschool, kalau secondary.?? haishhh... astaghfirullahhalazimm... :)

tengoklah betapa happynya kami. bila dengan budak2 mcm ni, mmg rasa seronok. part paling seronok bila communicate, mana tahu menipu. cakap mmg akan telus. 
and kalau pandai amik hati, trust me, mereka akan bercerita semua pasal diri, ini termasuklah perihal family yang sangat peribadi. dekat sini, kita dah boleh tahu sebab dan musabab bila student berperilaku sedikit aneh. 
x rugi sebenarnya jadi cikgu, banyak benda and pengalaman boleh dapat.
atas dari kiri : suraya. adreana. umairah.
bawah dari kiri : adibah. wawa. yana.

atas dari kiri : wani. irfa. natrisya
bawah dari kiri : syafiqah. izzah. ainin.

bila mereka happy, otomatik kami extra happy





cuba cari mana partner practicum ? dah jumpa?
hehehe. nampak betapa mesranya budak2 ni. 
mmg x hairanlah kan kalau mata berkaca bila nak balik. :')

alang-alang dah dua entri pasal lawatan ke SK Asma ja kan. jadi senang hati saya nak ceritakan background hala tuju dalam kerjaya saya sendiri. hehe. 
1. Penuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, .
2. Tahun depan merupakan final year. setahun ja lagi lepastu dh boleh posting.
3. Degree in Preschool(Childhood Education)/Music/PJ
4. Habis posting memang bercita-cita nak sambung lagi , kalau ada rezeki. :) doakan sama2.
5. Tahun depan satu lagi final practicum akhir bulan January. (3 bulan)

dah habis. lepas selesai semua ni baru la boleh penuhkan impian mencari jodoh. hahahaha. :D percaya atau tak ramai yang mula-mula dulu bila dapat ja masuk IPG ni semua muka nak frust sbb taknak jadi cikgu. ni memang berlaku dalam kalangan kawan-kawan saya sendiri. eh dan jugak saya sendiri. hehe.
 TAPIIII.. lepastu, cuba tanya sekarang? haaa semua jawapan mmg boleh buat motivasi dalam diri punyalah..
x rugi sebenarnya jadi cikgu. percayalah, once dah masuk dalam bidang ni mmg akan rasa satu pengalaman yang tak mungkin senang2 ja semua org boleh dapat. nak jadi cikgu ja baru boleh rasa. haaa untung2. :)
kalau dalam bidang cos yang saya amik ni, mmg bayak main dengan psikologi budak2. sebab tu lah seronok. :D

eh kerjaya lain pon memanglah banyak juga untungnya kan. nnt cakap pulak, ''ye la hang nak jadi cikgu, hang cakap la mcm ni kan''.. bukan2. tapi memanglah la kan sebab nak jadi cikgu mmg kena cakap mcm ni. 
semua org kena bangga dengan kerjaya masing-masing. tak kisahlah apa kerja sekalipon, selagi masih tahu halal haramnya, berbanggalah!!!

saya sekarang dah cukup berbangga dengan kerjaya saya sendiri. sekarang baru cikgu pelatih Nadia. lepas ja satu tahun dari sekarang........... 
CIKGU NADIA.


oklah, dah habis rasanya bebelan saya malam ni. peliklah, lately internet connection slow terok . 
susah la nak memperkembangkan teknologi lepas ni. alahaiiii internettttttt...........

p/s : dinding yang berkaton-katon dalam gambar tahu sapa lukis? 
ehem2. ;)
sss.........aaaayy....aaaa dan partner praktikum, Siti Hajar.
tapi idea banyak dari Siti Hajar lah. 

-pen off-
23:15







1 comment: