Tuesday, 12 June 2012

dosa manusia dengan manusia


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.
Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah.

Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.
Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.
'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"
Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.
Ada terfikir?

reblog from --> Untuk Kawan-kawan Yang Kita Suka

p/s : :') sama-sama repairkan diri sendiri. sesungguhnya aku juga masih lagi berada dalam tahap mengenali diri sendiri dan juga masih membetulkan diri sendiri supaya menjadi insan yang lebih baik. Insyaallah. 




2 comments: