Thursday, 29 September 2011

22 years old.

''28th SEPTEMBER''

''happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to Nadia
happy birthday to u''

nyanyi x?
setahun sekali ja boleh dengar orang nyanyi lagu ni.
setahun sekali ja nak dapat msg lebih2 kurang mcm ni.
setahun sekali ja dekat wall facebook penuh orang wish dalam masa 24 jam.
setahun sekali ja orang nak bagi hadiah mcm2 sikit.
setahun sekali ja member2 semua nampak sweetnya tunggu sampai 12:01 berebut-rebut nak buat benda2 paling sweet
setahun sekali ja member2 nak buat 'prank' yang bukan-bukan.

hari-hari lain ada? xda kan... kalau ada tu x tahulah. :) tapi bagi saya, macam yang dh tertera dekat atas tu haa.
HAPPY BIRTDAY TO ME!
22 tahun cukup semalam. terasa masa cepat sangat. dah 22. banyak sangat ka angka tu?
kadang-kadang x sedar pon dah masuk 20-an. bukan x sedar diri, kan dah cakap x sedar, bukannya sengaja.  paham? hihihi
umur dah makin meningkat, jadi banyak lagi benda-benda lain yang mesti kena tingkatkan jugak. x payah la sebut satu-satu, diri awak, awak tahu lah sendiri.

semalam 28 september,
terima kasih roomate yang paling sweet sebab buat nota hari jadi dengan spontan. terima kasih Syuhada Zaharuddin dengan cake yang comel, lagi comel sebab kita 4 kongsi sama-sama sambil berwebcam. hehehe.
terima kasih juga kepada yang datang rumah semata-mata nak wish birthday.
terima kasih juga kepada yang bagi souvenir pada hari kejadian hari lahir saya.
terima kasih juga sebab menulis dekat wall.
terima kasih yang wish melalui private messages.
terima kasih yang talipon.
terima kasih kepada yang sms.
terima kasih kepada yang secara langsung menggunakan suara lunak merdu menyanyikan lagu.
TERIMA KASIH SEMUANYA.



ni la roomate termanja sekali.

semalam jugak, diberi peluang menjadi fasi/penjaga/baby sitter kepada murid-murid Prasekolah SK Dato' Kumbar yang bercamping dekat kampus saya daripada pagi sampai malam.
SERONOK!!

khemah belakang tu semua awek-awek yang pasang. bangga x? hahaha



perempuan juga boleh ajar main bola sepak , nasib baik xda gambar waktu tendang bola ja, kalau tak, dah lama letak. hihi :B

handsome kan saya?

tengok ni, sesi tengok jejaka-jejaka main bola sepak. hahahahaha



 ok dah cukup. tengok sesi bola sepak la konon.

holoh-holoh, comelnyewwwwww.
:'')
habis dah camping. malamnya majlis penutup sikit-sikit. saya bagi pencil case mickey mouse dekat anak jagaan saya ni.
makan, tukar baju, mandi, pergi tandas, semuanya ada saya. ;)
tahu apa mereka panggil saya?? ''MOMMY NADIA''
terus terasa macam dah ada suami betul2, eh bukan2 ...
terus terasa macam dah ada anak betul2.
tapi kalau rasa dah ada anak, mesti la rasa kena ada suami kan. ...
gediknya hang nadia. :P
kidding yaw!


secara ringkasnya, TERIMA KASIH SEMUA!!! gambar atas ''i love u too' tu sebab nak reply dekat roomate saya yang tulis ''we love you''
saya risau akan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat setempat, itu sebab saya cakap siap-siap. hehe ;) 

oklah, sampai sini dulu,
nanti malam mai kita stay up sama-sama habiskan assignment 
have fun peeps.
later.

-pen off-
19:40



Monday, 26 September 2011

Kardashian + Jenner

assalamualaikum dan hai.
siapa kat sini suka tengok realiti tv keeping up with the kardashians???
 syok habaq hangg... semuanya pasal life kardashian ni ja la. yg real-real punya. haaa.. suka dak??

entri ni cuma nak berkenalan sikit-sikit pasal kardashians dan juga jenner. eh kenapa kena sembang dan letak dalam entri ni?
jawapan : sebab saya minat terok2. lagi pulak ni blog i okaiiiiiiii! hahahaha.
eh kenapa ada dua nama iaitu kardashian dan jenner?
jawapan : itu nama family. so ada dua family sebabnya mama kahwin dua. Nama sebenar si mama ialah Kris Jenner dan juga nama si abah ialah Bruce Jenner. (terkini punya suami :) )

ok sekarang Kardashian adalah nama family suami terdahulu si mama iaitu Robert Kardashian. oh, dia dah xda dekat dunia ni disebabkan cancer. lepas kahwin dengan Kris, Robert juga ada berkahwin dengan orang lain iaitu Ellen Pierson.


ok meh kita tengok satu-satu. mula-mula si mama kahwin dengan Robert. lepas tu dapat anak seramai 4 orang tau. 3 orang perempuan dan seorang lelaki. (mmg saya tgh cita family tree ponnnnn)

anak yang sulung yang ni haa.
Kourtney Kardashian (1979)


married with Scott Disick. (tv personality,actor,model)
son (Mason)
anak seterusnya.....
Kim Kardashian (1980)

kahwin dah. (august 2011)
married with Kris Humphries. ( basketball player ) 

anak nombor 3....
Khloe Kardashian ( 1984) 
kahwin dah jugak. 
married with Lamar Odom. ( basketball player)

anak bongsu Kardshian : 
Robert Kardashian jr. 
(1987)

yang tadi semua anak-anak Kris dan Robert Kardashian.
 sekarang ni anak-anak Kris dan Bruce Jenner pulak. 

yang ni 1st : 
Kendall Jenner. (1995)
yang ni bongsu : 
Kylie Jenner ( 1997)

boleh katakan semuanya model, realiti tv dan sebagainya yang meletakkan mereka semua sebagai public figure yang digilai ramai. :) so lepas ni semua boleh tengok keeping up with the kardashians dekat astro. hihihi. 

mata mari intai-intai di sini : ;) 


















LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE

eh penatlah kalau nak berkenalan dengan lebih rapat dalam ni.
cukup lah setakat tu , kalau nak tau lebih lanjut tengok la realiti tv ni dekat E!. :)

-pen off-
16:15










Wednesday, 21 September 2011

kalau jatuh, bangun balik.

Assalamualaikun dan hai semua!
Nak cakap siap-siap entri kali ni panjang sikit :B
serius mcm ni bole? :B


Siapa pernah break-up atau patah hati atau terseliuh hati? Sila senyum paling manis sekarang? Wahh!! Ramai, indah sungguh senyuman anda-anda semua. Eh, saya jugak tak terkecuali nak senyum.  Sedih kan. Mesti buat apa ja x kena, mandi x brapa nak wangi,, makan sesuap pon dh terasa mcm kenyang sgt dh, tido pon x brapa lena kan. 

Saya nak kongsi tips mcm mana saya buat waktu hati kononnya remuk,renyuk, tergeliat sikit dulu-dulu. it was a year dulu dah kot J

1.     Sibukkan diri
Cari la kerja yang boleh buat supaya nnt xda la duduk sorang2 layan perasaan. Buat apa yang patut. Kalau xda kerja, cari kawan yg ada kerja banyak lepas tu offer ckp kat dia nak tolong dia buat kerja. Haa kat situ kan dah boleh beramal, kawan pon sayang lebih nnt. Masa ni lah kita kena guna akal dengan sebaik mungkin. :) nak buat kerja-kerja amal pon bolehhh. alhamdulillah. 
mcm ni pon boleeeeeee.

2.     Menangis
Yang ni paling famous kalau dalam kalangan gadis-gadis kan. Bukan murah dengan air mata, tp mmg lumrah hati wanita ni lembut mcm selaput kulit bawang. X ke nipis mcm tu? Kalau terguris,terluka sikit mmg mudah la menangis. Menangis la sepuas-puasnya, sbb bila menangis tu kdg-kdg rasa mcm kita keluarkan rasa sedih, sakit sekali dengan air mata kan? Kan? Eh ok xpalah, saya sorang ja mcm tu kot. J TAPI! Jgn sampai berlanjutan sampai seminggu, 2minggu mcm tu. Tu dh lebih, mengada-ngada dh tu, baik awak lempang muka laju-laju bg sedar sikit.hehe

3.     Bercerita
Ni bukan cerita mcm zaman sekolah masuk pertandingan tu. Tp bercerita la apa yang rasa dalam hati. Cari someone yg boleh percaya dan selesa utk berbual, luah la apa yang terbuku dalam hati. Cara ni kalo bagi saya, dapat released sikit beban-beban dalam kepala. Nak cari org nak dgr isi hati sendiri ni, mesti pandai pilih jugak, sbb kalau salah pilih habislah awak-awak semua. jgn expect bila kita bercerita, masalah bole 'pufff' selesai mcm tu, tp at least dpt kurangkan sikit kot rasa stress dlm kpala tu.

4.     Berseronok
Keluar la dgn kawan-kawan yang tgh cuba sedaya upaya nak bagi happy balik tu. Cari masa atau luangkan masa dengan kawan-kawan. B happy girls!! U worth it. Kalau yg suka layan movie, pegi la tgk wayang, kalau yg suka melalak, pegi la karaoke, kalau yg suka jalan-jalan, amik la masa sikit utk bercuti. Nak tahu, kawan-kawan ni la kadang2 ubat paling mujarab. TAPI, nak berseronok biar la kena dengan cara kita tau, jgn sebab nak tutup sedih sampai lupa diri. behave.

6.     Membaca
Baca la buku-buku yg banyak motivasikan diri balik, yg banyak unsur-unsur nasihat. Saya bukannya jenis minat membaca tapi bila dh jd mcm ni, mmg terus refer buku-buku mcm ni. ;)  Haaa Nampak, jd mcm ni pon kdg2 ada baik dia jugak.

7.     IGNORE
Ni la paling susah sikit kot. Ignore ! dapat call, jangan angkat. Dapat msg, jgn reply. Yer,yer tahu susah kan. Ajar la diri sikit, psycho diri sendiri. then lama-lama ok. lepas tu, dapat msg pon, ‘hek eleh msg aku buat apa lagi, x kenal x kenal’. hehehe Lagi satu kalau kita ignore dia, nnt mesti dia cari balik. Betul. X caya try la. Kalau konon2 dia nak tanya kabar, nak reply jugak? Terpulang la… kalau rasa dah boleh terima kenyataan, dh boleh berdiri dengan sendiri, mungkin x salah. asalkan jgn memudaratkan diri balik. 
tapi ada jugak kes2 yang boleh ja baik balik kan jd kawan. 

8.     Masa
Dalam apa keadaan sekali pon, sabarlah dan yakinlah masa adalah pengubat segala-galanya. Saya amik masa agak lama untuk nak pulihkan semua nya dengan baik. Nak dekat setahun, and sekarang Alhamdulillah. Dalam masa setahun ni jugak banyak benda kita boleh belajar. Learn something from your past. setiap yang jadi kan ada hikmah dia. :) b strong enough


9.     SENYUM
Semua org bila senyum mmg lawa habis dan hensem habis. Kannnn?? Senyum la, sbb kita x tahu sapa yg tgh pandang kita. org yang senyum awet muda tawu? ;P Awak senyum, satu dunia tersenyum tgk awk tau. jangan tangisi sgt benda yg dh lepas. 

10.                        REDHA
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah. Jangan terlalu tangisi benda yg hanya sementara ni. Insyaallah Allah dah atur yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Redha dengan apa yang berlaku dan berusahalah untuk yang lebih baik.

Itu semua saya share berdasarkan pengalaman saya sendiri, berdasarkan bacaan2 sebelum ni dan berdasarkan nasihat dan pengalaman yang dikongsi oleh orang-orang yang saya kagumi. setiap orang ada pengalaman dan cara masing-masing nak selesaikan masalah kan. ini mungkin cara saya. anda? :)

Ingatlah, Allah pasti merencana sesuatu yang terlalu indah buat hamba-hambaNya.
Yakin dan bersabarlah.
 "cinta tidak selalu bersama jodoh,tetapi jodoh akan selalu bersama cinta "


eh tajuk entri mmg masuk kan dengan apa yang saya cakap sekarang kan? 'kalau jatuh, bangun balik.' haaa, kira oklah tu. 

p/s : if u notice that we haven't talked in a while and i ignored u. it's not because i don't care anymore, it's because u pushed me away. take care of yourself. :) 






pen off
-18:40-