malam ni teruja betul hati nak kongsi-kongsi cerita dalam laman sesawang ni aktiviti yang saya buat dengan segelintir budak kelas saya tadi.
yeahhh! mmg kami semua dah buat satu aktiviti yang bagi saya sangat bagus untuk fizikal dan juga mental. and sebab tu lah mental dan fizikal jadi teruja dan aktif pulak nak berkongsi dengan orang lain.
tapi sedikit kecewa sebab tak semua budak kelas yang dapat join atas sebab alasan-alasan yang masih lagi diterima pakai. hehe. sedikit ja la kecewa, tak banyak pon. eh saya belum cakap kan aktiviti apa yang saya buat kan?
ha ni haaaa..
seawal 6.45 pagi plan nak keluar, tapi yes at last..... siapa yang melambatkan perjalanan??
oh..oh... macam biasalah, mestilah saya dan budak2 rumah saya. hehehe. 7:15 baru sampai. heyy kawan-kawan bukan sesaja kami datang lambat. tapi jam handphone yang lambat sejam. haa.. kesian kan.. ;) nasib baik budak kelas sporting, semua muka manis-manis ja lagi tunggu dalam kereta tepi Shell. hebak2.
pukul 9.00 pagi dah sampai dekat Eagle Park,Perlis. mari berkenalan dengan tempat baru. *ambik2 gambar
kumpulan saya ni. kumpulan 1 ni weh. 3 orang ja. kumpulan lain semua 4 orang tauuuu. hebak2.
kumpulan ni tema dia wona-woni.
EXPLORE RACE
guna jaring masukkan bola besar molek dalam baldi kecik molek dalam tempoh masa 2 minit.
berjaya masukkan tapi lebih daripada 2 minit. tak hebak. tak hebak.
ambil klu dekat tiang bendera.
yang muka kami semua macam opera cina tu sebab tiup tepung nak cari klu. sebelum tu merangkak bawah jaring yang memang berselut. merangkak macam askar dalam hutan nak pegi berperang. eh bukan merangkak, kena meniarap lah.
haaa.... hebak2.
ni lagi hebak, cari klu dalam sungai. nasib baik ada hang tau. :)
pewwit.pewwit. gegurl mandi sungai la. ihiks.
Finally, berjaya setelkan semua !! kumpulan 1 dapat number 2. ok la tu kann.
dah setel dengan explore race, kami semua bersihkan badan dekat sinilah.
dah habis yang tadi, main pulak yang ni. saya tak tahu nama game ni apa, tapi yang ni organizer suruh main ja. xda dalam perancangan pon sebenarnya.
and..and...and...
kamilah JUARA. haaa hebak2. :D
lepas tu, mula la nak merapu merapu. sambil sembang2 sambil conteng2 muka.
and..and...and...
saya telah dikejutkan dengan satu TRAGEDI.
STOKIN BERDARAH!!!
papppp!! saya terus peluk subjek dekat sebelah which is Kak Wani.
rangkul erat tubuh beliau!
saya tahu siapa punya angkara yang buat stokin saya berdarah.
Incik Pacat Eagle Park!! mesti punyalah!
nampak darah tu. ada dua kan? maknanya 2 ekor incik pacat sudah kenyang perut dan sudah senang hati.
Ya Allah, memang geli wehhh. even incik pacat dah takda, even kawan yang bertanggungjawab dah tanggalkan stokin busuk saya , tapi saya telah mengalami satu kejutan emosi.
dan ini menyebabkan sedikit terencat untuk saya mengikuti aktiviti yang seterusnya.
hampir kejang kaki.
saya memang salah seorang 'pemfobia' tegar dengan incik pacat. :(
tak hebak kan macam ni..
ni la aktiviti yang last. semua tunggu turn nak buat tau. tapi ada jugak yang awal-awal lagi dah tarik diri.
nama saya akan rahsiakan kat sini. dekat kelas nanti x rahsia lah!! hehe
tengok kan dah cakap sebab incik pacat tu, semangat jadi lain tau. baru nak jalan, dah patah balik. hihi.
tak hebak betollah kali ni. haisshhh
dah patah balik tadi, seronok betol tengok gelagat kawan2 yang agak sedikit lucu la kot.
comel betul ira, atas tali pon boleh tendang2 kaki lagi. hahaha.
siapa yang boleh ketarkan kaki selaju mesin jahit atas tali macam ni? meh cakap, sapa2? hehehe
Ira hebak! :B
last sekali, saya hampir org last tau buat benda ni. and hampir nak tarik diri jugak, sebab rasa tak konfiden langsung.semua sebab incik pacat tu lah. tapi dah lama2 baru ok. hehe.
nasib baik dapat selesaikan dengan jayanya.
yeayyy!! hebak2!
lunch hour!! masa yang memang diidam-idamkan oleh semua orang.
nasi goreng + BBQ + bihun sup
sudah cukup kenyang. :D alhamdulillah.
karaoke time!!
subjek berbaju biru muda yang telah dipeluk oleh saya! :)
yeah!! kami semua happy!!
happy sangat2.
sangat2 happy.
dah habis rasanya yang nak dikongsikan.
walaupun sikit saja ahli yang dapat melibatkan diri, tapi masih seronok, masih hebak. :D
eh, excuse me :
tadi bolehlah berseronok bagai kawan-kawan.
esok dan hari-hari yang seterusnya sampailah hari Khamis. mari sama-sama busykan diri.
pameran gerko, konvo preschool, koir, amali music.
buat sehabis baik!
GOOD LUCK SEMUA!!!
MIMPI INDAH!
Kamus omelan blog :
1. hebak : hebat
-pen off-
23 : 00