Saturday, 26 November 2011

pergilah air mata

assalamualaikum dan salam maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat. 

rasanya sudah cukup lama x menulis dekat blog. ini semua sebab tiba2 internet connection mcm slowwwwwwwwwwww. tapi sekarang dah okay. baguslah ok kan, mcm2 senanya nak buat.
cuti yang sedang dimiliki sekarang masih lagi dilalui sehari demi sehari dengan penuh memori dan kenangan yang sudah terlakar dalam sekelumit hati. :')

sebenarnya entri yang akan saya tulis ni dah lama nak post tapi atas beberapa sebab sekarang baru dapat post. entri kali ni memang akan bercakap lebih halus daripada hati. ini semua tentang tali persahabatan yang sudah dijalinkan selama 4 tahun. yes with her. masuk saja 1st day mendaftar dekat IPG dia la org pertama yang jumpa masa dapat satu bilik. :)


lepastu baru la jumpa dengan kawan yang lagi sorang. kecil2 molek. jadi kami bertiga bersahabat. happy sebab banyak benda kongsi sama-sama. lepas setahun setengah, masa buat Degree jumpa this person. ah... kawan lama waktu saya sekolah dulu, jodoh sangat kuat, sebab masa sekolah mmg kami bersahabat sama2. jadi satu tali persahabatan antara 4 sekawan telah dijalin cukup utuh dan kuat. yaaa!! mmg utuh. setiap semester ,mesti ada planing pegi2 mana, mencatat seberapa banyak kenangan dan memori terindah bersama-sama.







tapi seutuh dan sekuat mana pon tali persahabatan yang telah kami bina ni, kami tak dapat lari juga daripada perselisihan faham antara kami. cukup sedih bila semua orang diam membisu, dan terlalu kekok untuk bercakap antara satu sama lain. suasana bilik dalam rumah sewa yang kami berempat tidur mmg akan jadi cukup tegang. suasana yang dulunya bising dengan gelak tawa yang cukup kuat tiba2 diam dan sunyi sepi. tak pelik ka mcm tu? punca perselisihan faham biarlah saya rahsiakan kat sini.

tali persahabatan tadi yang dipegang kuat 4 gadis, kini berubah seakan 2 gadis + 2 gadis.

wujudnya paling kemuncak perselisihan faham adalah sebelum exam hari tu. memang sangat perit rasa hati bila fikir2 balik. walaupun ianya cuma antara dengan kawan2 perempuan ja, tapi susah sangat nak handle situasi yang mcm ni. saya sendiri gagal, sebab biarkan ego betul2 menguasai diri. teruk kan. and paling teruk time tu jugak la asyik nak berangin, jadi ambil keputusan untuk mendiamkan diri seribu bahasa. keadaan yang teruk bertambah2 teruk bila semua orang diam dan masing2 bawa haluan masing2.

perasaan mcm tu sangat sedih tau? mcm putus cinta. nyilu rasa hati. mcmana nak exam kan. tapi masing2 gagahkan jugak mengadap hari2 yang datang mcm takda apa2 berlaku. 
''kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. '' mulut kata mcmtu, tapi hati menangis. terlalu hipokrit kan mcmtu. and i know its me.

lepas habis seminggu paper, hati memang tak tahan lagi, itulah bonding antara kami sangat kuat, mana tahan buat tak tahu lama2. ambil keputusan untuk selesaikan satu2 perkara dengan cara berterus terang. itu mungkin lebih baik. 

proses perdamaian berlaku antara saya dengan 1st person yang saya jumpa dulu waktu mendaftar. kami mengambil keputusan untuk keluar makan sama2 dan selesaikan secara terbuka. alhamdulillah, akhirnya setelah  kami luahkan apa yang kami rasa, segala perselisihan faham dapat diselesaikan dengan lebih baik. 
terasa lebih kurang tekanan dan lebih lapang dada.

gambar ni kakak pizza tolong amik lepas deep2 conversation kot dia tengok. :)

lepastu, semuanya kembali mcm biasa antara kami berempat. ketelusan dalam minta maaf memang berbaloi dalam mempertahankan sesuatu tali persahabatan. bila kita jalinkan persahabatan yang terlalu kuat antara satu sama lain, sikit perselisihan faham mmg boleh buat makan hati. tapi itu dulu, sekarang lepas apa yang dah berlaku, banyak benda yang saya belajar. :) betul apa org cakap, kadang2 nak handle friendship ni lagi susah daripada  nak handle relationship kan. 

sebenarnya sepanjang perselisihan faham ni berlaku, banyak benda yang kami berempat dah terlepas peluang nak merakam detik2 kenangan sama2. sayang sangatttttt... tapi takpa kami akan lebih menghargai untuk hari2 yang akan datang. Insyaallah.
jelas sekali mereka bertriga memang memberi seribu makna dalam erti sebuah persahabatan.  SAYANG MEREKA KETAT-KETAT. 

oleh itu, saya senang hati nak cakap hargailah kawan anda-anda semua seadanya. setiap perselisihan faham yang jadi mesti ada cara penyelesaiannya. 
jangan biarkan tali persahabatan terputus atau dibiarkan mati dan berlalu begitu saja.
pertahankan persahabatan yang sudah kita bina dengan rakan2 sebaik mungkin. 

p/s :  ni kawan dekat IPG .
kawan dari sekolah menengah sampai sekarang lain pulak .
*hugs-hugs*
:D

p/s 2 : saya orang bertuah sebab punya kawan2 yang sehebat mereka semua. 
group 1 ( Sue, Ha, Kinah)
group 2 ( Fad, Nab, Myra, Syaq, Zana, Juji, Zubeck, Silah, Syahir, Mira, Wani)
kawan2 yang saya x sebutkan nama, jangan risau sudah terpahat elok dalam hati. :')

-pen off-
14:40



Friday, 18 November 2011

cice nadia dan happy meal


assalamualaikum dan salam jumaat semua orang. :)
yeaaaaaaaa!! final exam dah habis, bila final dah habis maknanya cuti semester pon dh mula la. sebulan lebih.
banyak benda boleh buat dalam sebulan lebih ni tau. paling2 utama dalam kepala bila cuti panjang, mesti ada planning nak pegi vacation. weeee. :)

sepanjang minggu exam last week, saya dan partner masa praktikum dekat SK Asma dua bulan yang lepas, telah dijemput untuk menghadiri jamuan ringkas sebelum cuti sekolah . paling terharu sebab guru pembimbing dekat sekolah sana tanya dulu, bilanya free, tgk2 jadual exam, hari rabu xda paper.
so jatuhnya majlis jamuan tersebut hari Rabu la kan. baiknya guru pembimbing dia sebab sanggup tunggu kami kan.

seterusnya ada lagi benda terharu, terharunya sebab sebab sebab... selepas sekian lama baru hari rabu hari tu dapat hidangan happy meal. eh2, pegi mekdi mana pernah order happy meal pon, melainkan hanya untuk anak saudara. hehehe.  jadi tak hairanlah, kalau dapat happy meal saya nak terharu. boooooooooo. :B

happ-happ-happp--pyyyyyyy meallllll.
xcited kan.

okay , sebenarnya sebelum hari rabu ni, kami ada dah pegi melawat sekolah bawak kek cekelat sebijik. budak2 mmg haruslah seronok kan nampak kek. :D tapi paling terharu budak2 tu lagi excited bila nampak cice-cice dia masuk. ecehhhh. hehe. sama la jugak hari Rabu yang ada happy meal ni, lagi excited dgn adanya cice-cice. terharu sangat bila melangkah ja masuk depan pintu, semua mula senyum simpul-simpul, jeling-jeling, lama lepas tu.... makin dekat, makin dekat... habis dipeluk cium. nasib baik preschool, kalau secondary.?? haishhh... astaghfirullahhalazimm... :)

tengoklah betapa happynya kami. bila dengan budak2 mcm ni, mmg rasa seronok. part paling seronok bila communicate, mana tahu menipu. cakap mmg akan telus. 
and kalau pandai amik hati, trust me, mereka akan bercerita semua pasal diri, ini termasuklah perihal family yang sangat peribadi. dekat sini, kita dah boleh tahu sebab dan musabab bila student berperilaku sedikit aneh. 
x rugi sebenarnya jadi cikgu, banyak benda and pengalaman boleh dapat.
atas dari kiri : suraya. adreana. umairah.
bawah dari kiri : adibah. wawa. yana.

atas dari kiri : wani. irfa. natrisya
bawah dari kiri : syafiqah. izzah. ainin.

bila mereka happy, otomatik kami extra happy





cuba cari mana partner practicum ? dah jumpa?
hehehe. nampak betapa mesranya budak2 ni. 
mmg x hairanlah kan kalau mata berkaca bila nak balik. :')

alang-alang dah dua entri pasal lawatan ke SK Asma ja kan. jadi senang hati saya nak ceritakan background hala tuju dalam kerjaya saya sendiri. hehe. 
1. Penuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, .
2. Tahun depan merupakan final year. setahun ja lagi lepastu dh boleh posting.
3. Degree in Preschool(Childhood Education)/Music/PJ
4. Habis posting memang bercita-cita nak sambung lagi , kalau ada rezeki. :) doakan sama2.
5. Tahun depan satu lagi final practicum akhir bulan January. (3 bulan)

dah habis. lepas selesai semua ni baru la boleh penuhkan impian mencari jodoh. hahahaha. :D percaya atau tak ramai yang mula-mula dulu bila dapat ja masuk IPG ni semua muka nak frust sbb taknak jadi cikgu. ni memang berlaku dalam kalangan kawan-kawan saya sendiri. eh dan jugak saya sendiri. hehe.
 TAPIIII.. lepastu, cuba tanya sekarang? haaa semua jawapan mmg boleh buat motivasi dalam diri punyalah..
x rugi sebenarnya jadi cikgu. percayalah, once dah masuk dalam bidang ni mmg akan rasa satu pengalaman yang tak mungkin senang2 ja semua org boleh dapat. nak jadi cikgu ja baru boleh rasa. haaa untung2. :)
kalau dalam bidang cos yang saya amik ni, mmg bayak main dengan psikologi budak2. sebab tu lah seronok. :D

eh kerjaya lain pon memanglah banyak juga untungnya kan. nnt cakap pulak, ''ye la hang nak jadi cikgu, hang cakap la mcm ni kan''.. bukan2. tapi memanglah la kan sebab nak jadi cikgu mmg kena cakap mcm ni. 
semua org kena bangga dengan kerjaya masing-masing. tak kisahlah apa kerja sekalipon, selagi masih tahu halal haramnya, berbanggalah!!!

saya sekarang dah cukup berbangga dengan kerjaya saya sendiri. sekarang baru cikgu pelatih Nadia. lepas ja satu tahun dari sekarang........... 
CIKGU NADIA.


oklah, dah habis rasanya bebelan saya malam ni. peliklah, lately internet connection slow terok . 
susah la nak memperkembangkan teknologi lepas ni. alahaiiii internettttttt...........

p/s : dinding yang berkaton-katon dalam gambar tahu sapa lukis? 
ehem2. ;)
sss.........aaaayy....aaaa dan partner praktikum, Siti Hajar.
tapi idea banyak dari Siti Hajar lah. 

-pen off-
23:15







Sunday, 13 November 2011

sakit perempuan

faham dgn tajuk entri?
tika saat ini mulut tak mahu bicara, biar jari berjalan mentafsirkan perasaan...

raasaaaaaa iniiiiiiiiiii...............

sakit pinggang
lenguh belakang
x selesa duduk
x selesa baring
macam nak berak
perut terasa senak
sedikit marah beberapa hari sebelumnya
rasa nak bersendirian SEKEJAP
sakit beberapa bahagian otot
mengidam something
beremosi lebih kadang2


faham sakit perempuan ini? cukup tersirat, x perlu nak tersuratkan.

percaya atau tidak ada yang mengalami sakit perempuan dan ada juga yang tidak mengalaminya pon. kenapa?

1.GEN.

2.diet dan persekitaran yang lain-lain. diet yang BERLEMAK, rendah protein, rendah serat, gula yang banyak, alkohol dan kopi. penyumbang atau perangsang bertambah terjadinya sakit perempuan.

3.ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan. tidur x cukup? stress study tak banyak sgt? tekanan? memang penyumbang jugak.

jangan nak pelik kalau adik perempuan, kakak, mak, atau gelpren anda menunjukkan simptom yang kurang menyenangkan mcm dekat atas. sebab itu org panggil sakit perempuan atau cakap omputihnya period pain atau nak saintifik atau berilmiah sikit sebut ini  dismenorea .
lepas ni org tanya, jawab
dismenorea tau! baru la macammmm ''canggihnya sakit hang weh.'' padahallll....... wuwuwuwuwu

ekspresi perempuan dismenorea boleh dikatakan mcm ni la..
takda ribut,takda apa, tiba2 jaaa.
 kalau dh mmg sesuai dengan keadaan, jgn mengada-ngada cakap dia dismenorea pulakk.

jangan dekat. nak sendiri2

serius sangat

rasa sedih, nak menangis

miserable

biasa kalau melingkar mcm ni

eh.. jangan risau pastinya lepas sehari dua macam tu semuanya akan kembali nampak ceria seperti pelangi lepas hujan. 

nak jugak

p/s : tadi baru selesai dengan kertas peperiksaan yang pertama. saya masih lagi budak SPM.


p/s/s : kriteria org yang tgh dismenorea suka menipu wujud x? 

-pen off-
14:55











Thursday, 10 November 2011

mak, selamat hari lahir

assalamualaikum.
hari ni haruslah balik rumah sekejap. :D
birthday mak hari ni. and this dedicated for u mak :


assalamualaikum mak dan selamat hari lahir,
Sorry if sometimes disobeying you. sorry if I am not a perfect daughter and sometimes I lied to you .
Sorry if I am hardheaded .
Sorry if sometimes I am lazy, that I don't do chores at home . hihihi
BUT
Thank you for making me live in this planet, because without you I am not here mak.
Thank you for feeding me, taking care of me, sheltering me and love me mak.
Thank you for giving me the best things in life even it's hard 
and..
Thank you for teaching me the right things and manners. 

Don't worry , I'll take care of you too. 
I LOVE YOU MAK.

dan ini lawatan ke Prasekolah Sk Asma tempat saya menjalani praktikum selama 2 bulan.
setelah beberapa bulan dah  x jumpa, semalam baru berkesempatan. :')


rindu sentiasa terubat sebabnya budak-budak sekarang membesar dengan teknologi.
phone calls, messages, facebook, instant messages, private messages, yahoo messenger and skype.
canggih kan budak2 sekarang.
lagi canggih dan nampak hebat bila handphone lagi canggih drpd cikgu sendiri. =.=''

-pen off-
15:30





Monday, 7 November 2011

sekadar sekali imbas

assalamualaikum dan hello semua org. org lain sibuk study, org yang x study dok update blog.
:D

secara ringkasnya hidup anda bahagia?
hehehehe. cara tanya mcm pakar motivasi nak tolong bahagiakan hidup orang la konon. hahaha. *kesian2*
takda apa nak ckp sangat pon dalam entri kali, cuma nak cakap saya terasa bahagia dengan orang sekeliling saya. 
x salah sekali sekali kalau kita tunjukkan penghargaan kita pada org yang mmg selalu sedia ada dgn kita. 
family, friends dan sebagainya. .

entri kali memang cukup ringkas, sekadar sekali lalu saya nak letak gambar2 dalam beberapa hari ini yang memang buat suasana jadi cukup ceria bagi wanita yang bernama Nurul Nadia Mohtar.
waaaaaaaaaaaaaaa... bunyi cukup matang bila letak wanita. x jadik, bagi gadis ya kawan2, gadis. hehehe. 

kakak saya dan ya mak saya. Puan Roziah Haji Ariffin:)

adib dan adam :) the anak saudarasss. 

lagi sekali kakak yg kedua. yg pertama gagal nak amik gambar sama2. sibuk memasak.

the kawan-kawans yang x balik kampung halaman.
sebagai gadis bertanggungjawab, kebajikan kawan2 mesti dijaga. hahahaha.

the very superhero of my heart. Encik Mohtar Haji Ishak. 

the very sewelness with one of my cousin.



rumah wajib setiap tahun kena pergi. 
memang award untuk rumah paling kerap dikunjungi oleh Cik Nurul Nadia Mohtar akan dapat dekat beliau. Fatyn Nabella Omar.
juga teman baik. :)

last but not least, somebody yang I appreciate the most with her advice.
 the beautiful lady from the inside out:

p/s :  memang ramai yang buat hidup ini cukup bahagia, gambar2 dekat atas ni semuanya yang sejak akhir2 ni berjaya menceriakan atau menggamitkan lagi suasana cuti saya. 
ramai lagi sebenarnya............ :D
later, nak study ni haa. 

till here fellas! 

-pen off-
15 : 25





Thursday, 3 November 2011

''ngam'' dengan semua orang

''ngam''? berani saya katakan kat sini boleh dikatakan semua yang baca akan tahu apa yang saya maksudkan dengan ''ngam''.haaa... betullah tu, keserasian.
pernah ada masalah nak ''ngam'' dengan semua orang tak? sesetengah orang yeah memang ada, dan ada jugak sesetengah orang yang akan jawab, mudah untuk beliau nak ''ngam''dengan semua orang. hey, are u one of them?
kalau yer, mai kita try kawan tengok.... ecececcece. hehehe :D

kita semua mungkin ada kelebihan dari segi masing2 la kan... hensem, kacak, anggun, cantik, bergaya, menawan, pemurah dan sebagainya. TAPI, kdg2 mengalami masalah untuk nak serasi dengan semua orang termasuklah gadis hebat, lelaki hebat, teman2 baru, individu yang jarang dapat berkomunikasi atau yang jarang dapat habiskan masa bersama.
seronok kalau dapat menambah kenalan2 yang kdgkala dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak kan.. dulu yang kawan rapat ada 5 orang ja, sekarang dah boleh tambah. dulu kalau boyfriend ada sorang, sekarang dah boleh jadi 2 atau 3? hoiiiiiiii, bukan mcmtu lah. sapa salah anggap mcm tu mmg tanggung tanggungjawab dengan sendiri.

contoh kes adalah daripada orang sedang menaip sekarang ,
biar saya cerita kat sini.......
mcmana saya boleh terasa keserasian yang segera dengan salah seorang rakan rumah saya sendiri. ye lah satu rumah tinggal 7 orang, banyak masa habiskan dalam bilik masing2, jadi nak wujudkan keserasian dengan keseluruhan budak rumah tu kdg2 tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. tapi semenjak dua hari yang lepas saya dapat atau boleh bergerak bersama atau serasi dengan orang yang saya tidak sangka-sangkakan pon. sebabnyaa........

1. KONGSI RUANG YANG SAMA
hanya berdua saja tinggal dekat rumah dua hari yang lepas disebabkan housemate yang lain semua dah cuti awal2 lagi dah. saya sebab baik hati dan memberi perhatian dengan keadaan kawan yang tidak balik, jadi mengambil keputusan untuk sama2 tinggal dekat rumah agam yang indah itu. hahahha. okay bunyi mcm angkat bakul sendiri kan, takpa2 konfiden lebih sikit petang ni. banyak ruang yang kami kongsikan sepanjang berdua-duaan. antaranya adalah ruang peribadi yang sering digunakan la kan. contohnya bilik saya, dapur dan ruang tamu(depan tv). bila dah banyak gunakan ruang2 ni secara bersama-sama automatik dengan segeranya akan bercakap atau salah seorang akan menghasilkan satu topik untuk dijadikan perbualan. and kadang2 topik2 ni hampir kepada kehidupan peribadi kita. kat sinilah keserasian tu dapat dirasakan dengan segera.
dan dua malam juga kami sleepover sama2 dalam bilik saya. holoh2, sweet tak? hihihi

2. SENSE OF HUMOUR
bagi saya sebagai seorang yang bercakap secara bebas,  setiap orang tu wajib kot ada sense of humour ni. kalau x banyak pon sikit pon jadilah. sebabnya bila dengan orang yang baru ja kita nak wujudkan keserasian tu, kita bergurau sikit bagi dia macam tergelak comel, mesti automatik akan ada satu perasaan yang mcm kita sendiri akan terasa selesa dengan dia. tapi kalau berjaya buat dia gelak macam orang hampir hilang waras, GOOD JOB! hahaha. kiranya kdg2 benda ni nak wujudkan keselesaan antara satu sama lain. itu ja..
berpada-pada nak melawak pon, jgn sampai sentuh isu peribadi yang daripada nak wujudkan keserasian terus tercetusnya permusuhan.

3. SAKIT YANG PERNAH SAMA
ini bukan sakit secara fizikal. yang ni merupakan salah satu cara yang lebih berkesan nak wujudkan satu ikatan yang lebih kuat. try kongsi sakit yang pernah rasa dulu, mungkin dia pon alami sakit yang sama. mana tahu kita pernah rasa derita yang sama. tak kisahlah dari segi apa pon, kongsi selagi terasa tidak memakan diri sendiri balik. ini secara automatiknya, akan menimbulkan satu perasaan yang mana kita akan rasa sama2 adalah survivor dari satu keadaan yang pernah buat kita sakit atau derita dulu. kemudian, masing2 akan berkongsi tips atau pengalaman yang mungkin berharga buat diri masing2 kan. contoh paling terdekat, bila sama2 pernah sakit waktu break-up dulu2. ataupun sama2 pernah beratur panjang nak naik bas balik sekolah atau beli makanan dekat kantin. hihi. derita la tu kan. :B boleh ja apa pon sebenarnyaa. :)

4. LUANGKAN MASA DEKAT LUAR BERSAMA
senang cerita ajak keluar makan, karaoke, tengok wayang, atau pergi rumah kawan2 yang lain untuk sembang sama2. hehehe.

ini yang saya dah buat sepanjang dua hari saya bersama-sama dengan teman rumah yang dulu saya pikir mungkin tidak serasi, tapi kini............. terasa boleh untuk tinggal berdua. :) cewah2.
tengoklah saya bersuka-ria dengan beliau.

kami menghabiskan masa yang sepatutnya untuk study, pergi menonton wayang serta karaoke serta memanjakan perut di beberapa kedai makan yang terpilih. bagus perangaiiiiiiiiiii. 
tonton wayang pulak cerita ni : 
takpa2, boleh cakap kami x cool sebab baru tengok. takpa2, cakaplah, 
seronok sangat kan cita nih, lepas ni siapa dah download cakaplah, itewww nak jugakkkkkkkkkkkk.

eh gambar kami tonton latihan tenis pada malam sebelum itu, tidak diterima lagi oleh saya . entah dalam kamera sapa entah malam itu.

cece, dia curi2 snap gambar sayalah. nakal tau awak! hahahaha.
:B

ini dua orang yang dah buntu nak habiskan masa bersama, mengambil keputusan untuk syok sendiri dengan youcam.
*kesian2*

yes malam last kami habiskan masa bersama, duduk dekat rumah, makan aiskrim, brownies dan sata . semuanya beli bungkus.
makan2 sambil tengok cita ni pulak :
sentiasa basah gusi tengok cerita ni


saya tinggalkan kalian dengan gambar saya menggigit cornetto dengan sebegini rupa.
esok beli cornetto yang strawberry atau strawberry + chocolate
fevret dari dulu zaman sekolah sampai sekarang. 

saya gunakan kesempatan ni ucapkan 
SALAM AIDILADHA
till here peeps.
:)

p/s : gementar untuk final semakin terasa disebabkan study belum cukup rajin. :(
doakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain. 

-pen off-
19:00


Tuesday, 1 November 2011

soal hati

assalamualaikum dan salam 2 November 2011. dah bulan 11 dah kan, lagi sebulan lebih masuk 2012.
umur kalau ikut tahun tu ramai yang dah boleh kahwin.
eh eh, kenapa tiba2 nak cakap pasal kahwin ntah?? bukan2, mana ada cukup gedik lagi bila cakap pasal kahwin. biarlah sekadar bicara sekadar lalu, atau bicara masa lapang sebelum keluar untuk pegi lunch hour kejap lagi.
sebenarnya, sentuh sikit perkataan kahwin tadi sebab Kim Kardashian dah bercerai dgn Kris Humphries. ok siapa yang selalu tengok Keeping Up With The Kardashian mesti tahu lah kan. sekejap ja kahwin, dah bercerai. mesti ada yang nak cakap, *biasala tu, omputeh mmg lah, x heran pon.* kan2? hehehe. x kisahlah omputeh ka, omelayu ka, omcina ka, omindia ka, kalau kahwin biarlah lama2. ngaahahaha, mukadimah mmg cukup panjang kan. hehhe.

okay2, soal hati siapa yang tahu kan? yeah, mmg siapa yang tahu kalau kita x bercerita dengan sapa2 pon, only God knows.
cuba cakap siapa yang x nak kahwin? siapa yang xnak teman hidup langsung?
x payah nak tipu kalau ada yang jawab''aku mmg xmau, buat sakit hati ja''.
sebab apa saya ckp tipu? sbbnya jauh sudut hati kecil manusia tu mmg akan ada keinginan untuk bersatu atau bersama-sama dengan pilihan hati atau jodoh yang telah ditetapkan.

ya ini juga tidak terkecualilah bagi seorang gadis berumur 22 tahun, yang masih lagi belajar untuk menghabiskan saki-baki Ijazahnya di Institut Perguruan Kampus Darulaman.
memang tak terkecuali pon.

SAYA MEMANG NAK KAHWIN! *tapi bukan sekaranglah.

sini nak cakap, bukan nak memilih atau mengada-ngada nak yang ni, taknak yang tu, bukan mcm ni, nak mcm tu. bukan2, ini sebabnya bila tibanya soal hati, langsung tak terdetik pon dalam hati nak apa2 ja lah. *susahnya nak ckp*
bagi saya, soal hati mmg cukup penting. xtau nak ckp mcm mana. hati tu banyak fungsi dia. bekerja kuat untuk melahirkan emosi utk manusia kan. nasib baik hati ni masih berfungsi dgn waras lagi tau. syukur alhamdulillah. :)
-ADIK-ADIK, CUBA BAGITAU CIKGU FUNGSI HATI ADALAH UNTUK APA??
ADIK-ADIK JGN JAWAB MCM JAWAPAN DEKAT ATAS TAU, CIKGU ADIK-ADIK PULAS-PULAS TELINGA BARU TAU.

saya yakin, the times will come. it just a matter of time. jadi x payah lah kita semua nak berebut-rebut nak dapat title bercouplelah, berpasangan atau pun berkahwin.
saya yakin Allah dah atur suatu yang cukup baik untuk hamba-hambaNya.
yakin dan sabarlah.


TO WHOEVER MY FUTURE HUSBAND :
- Jadilah imam yang terbaik bagi diriku.
- I LOVE YOU

p/s : entri ni mcm agak tergantung kan. apa yang nak saya sampaikan sebenarnya?
xpa biar kali ni ''ONLY GOD KNOWS''

jangan risau, saya dah cukup bahagia punya keluarga dan kawan-kawan yang x pernah lekang dek hati, tak pernah kering dek gusi, tak pernah jemu dek mulut.
I LOVE YOU ALL FOREVER TAHU?

bila sampai masa untuk saya bertemu jodoh yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, saya yakin akan war-warkan pada kalian yang tak pernah jemu nak bertanya. hihi.

sampai sini saja, assalamualaikum :)

-pen off-
11:30